iklan

Thursday 20 October 2011

KERETA IDAMAN

kerete yang aku idamkan CAMARO69 baik punyer 

SAHABAT

Biar apa pun jenis sahabat yang kamu miliki,tetapi
ketahuilah bahawa sahabat baik yang sebenar bagi
seorang manusia itu adalah amal solehnya. Ini sebaik baiknya
sahabat dan juga sebaik baiknya bekal bagi kita
untuk bertemu Allah.
Sebaik baiknya sahabat adalah yang sanggup menemani aku
ke dalam lubang kubur. Aku tidak menemui sahabat sebegini
melainkan amal solehku,menjadi pelita menerangi kegelapan
didalam kubur aku kelak,boleh menghiburkan aku dan
tidak meninggalkan aku keseorangan di dalamnya..

RENUNGKANLAH

Jika kamu menadah air biarlah berpada, janganlah
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap
ia begitu teguh...cukuplah untuk keperluanmu..
Apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula...akhirnya ia dibuang...sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ianya masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang..
terimalah seadanya...
Jangan kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya terlalu istimewa..anggaplah dia manusia biasa...
Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu
untuk menerimanya..
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir
hayat....

AIR MATA

Semoga Allah SWT menjadikan air mata yang jatuh
di sudut-sudut mata kita adalah air mata yang
berharga dipandangan-Nya.

Tatkala kita lahir menangis,orang-orang sekeliling kita tertawa
bahagia kerana menyambut kelahiran kita. Namun orang-orang
yang kita tinggalkan menangis pilu saat kita menutup usia, saat itu
adakah kita juga turut menangis ataukah tertawa bahagia kerana
akan berjumpa Allah SWT.?
Adakah amal kita lebih banyak dari dosa yang kita lakukan
selama hidup di dunia yang singkat ini.? Adakah prestasi kita
hanya lahir,hidup,mati kemudian dilupakan orang ,bahkan
orang-orang terdekat kita.? Lalu setelah itu pasrah,rebah di bantalan tanah
cemas menanti pengadilan akhir yang pasti tiba.

Tuesday 11 October 2011

PAGI YANG INDAH DARI UMAH AKU

aku ambik gambar ni mase hari ahad tu..dr tgkap umah aku..cuaca yang terang sgt mase tu..
nak dapat cuaca camni kat kl ni bukan senang..hari2 jerebu jer...


Friday 7 October 2011

TRACKING MANCING KAT KG AKU

mase cuti raye hari tu ambik kesempatan gi casting sebarau jap..
kat sungai tu...
cantek kan..sungai ni..xjauh dr kg aku tapi penat gak lah
coz kena trackking..
hutan tebal tu..

KERETA AKU DULU

kereta kesayangan aku dulu..berhabis duit aku nak cantekan kereta ni..
untuk cat putih yang berkilat tu 2bulan gaji aku terbang...
tapi kan...
dah kena curik..kena curik plak ngam2 mlm birthday aku...orang smbut birthday happy2..
aku smbut birthday sedih2 n sambut kat balai polis wat report..huhuhu..
kejam tol pencuri tu..nk curik tu curik la hari lain..
xlah aku sdih sangat...hm..
xde rezeki namenyer...huh

KERETA AKU

OLD SKOOL jer.. 1.5 5k engine...nilah keta aku carik mkn..gi blik keje..
balik kg..keta buruk jer..

PANTAI REMIS SUNSET

waktu yang paling tenang bagi aku..indahnya ciptaan Tuhan..entah sampai bile aku dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan ni..hm..

Monday 3 October 2011

PUISI CINTA

Aku sedar bila tanpamu
Kurasakan dunia ini terhenti
Lambat,kaku dan tidak bernyawa
Bagaikan otakku terhenti berfikir
Apa yang perlu aku lakukan
Tanpamu disisi

Rinduku bagai membungkam ragaku
membuatkan aku terhenti untuk menghela sekalipun
Jiwaku sesak dan kosong

Mendengar suaramu bagaikan terhenti nafasku
Untukku dengar dan terus masuk  kejiwaku
Agar tidak diganggu
Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu

Andai Tuhan mendengar rintihanku
Bertemumu ingin aku hentikan seluruh maya ini
Agar hanya kau dan aku menghayatinya bersama
Agar masa itu begitu panjang untuk kita berdua

Adakah kau rasa terhenti segala-galanya
Saat kau jatuh cinta
Saat kau mencintai
Saat kau merindui

Thursday 29 September 2011

DOA CINTA KAU DAN AKU

Untukmu semoga kan abadi
Kasih ikhlas cinta semoga kan terjaga
Itulah dua senandung harap setiap kali
terucap sebelum lelap mimpiku..

Untukku semoga kan perkuatkan cinta
Keindahan terindah cinta semoga
tak kan kusam oleh waktu
Itulah dua sapaan kata yang
mengawali setiap awal jagaku..

Untuk kita disatukan hingga masa nanti
perbedaan dilahirkan untuk kita
semoga tak kan dipisahkan
Itulah dua lantun doa yang setiap
nafas terhembus aku ucapkan..

Semoga kita...
Diperkuatkan oleh masa dan waktu
Disatukan oleh kesaksian langit dan bumi
dan diabadikan oleh cinta....

DOA CINTAKU

Ya Allah
Andai Kau berkenan,limpahkanlah rasa cinta
kepada ku..
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan
Khadijah Al Qubro..
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang..
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra..
Yang Kau jadikan penghias keluarga
Nabi-Mu yang suci..

Ya Allah
Andai semua itu tak layak bagiku..
Maka cukupkanlah pintaku dengan redhaMu..
Jadikanlah aku insan yang saling
mencintai dikala dekat..
Saling menjaga kehormatan dikala jauh..
Saling menghibur dikala duka..
Saling mengingati dikala bahagia..
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan..
Serta saling menyempurnakan dalam peribatan..

Ya Allah
Sempurnakanlah kebahagian ku..
Dengan menjadikan pelengkap cintaku
dan perkhawinan ku nanti sebagai ibadah kepada-Mu..
Dan bukti ketaatan ku kepada sunnah Rasul-Mu..

Ya Allah
Berkatilah pendengaranku,penglihatanku,
hatiku,cintaku,keturunanku dan ampunilah aku..
Jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang mukmin.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang..

Amin

CINTA DAN HARAPAN

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan,
walaupun mereka telah dikecewakan..
Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati..
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya..
Dan...
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan cinta..

Wednesday 28 September 2011

WAKTU ITU

Ambillah waktu untuk berfikir,itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk berlajar,itu adalah sumber kebijaksaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagian.
Ambillah waktu untuk tertawa,itu adalah muzik menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi,itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk berkerja,itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju SYURGA..

Semalam,Kini Dan Selamanya

Semalam....
Likunya kehidupan
Penuh dugaan...
Tempuh jua dengan tabah...

Kini...
Pelangi indah...
Menjelma sinar keceriaan
Menghirup kehidupan...
Meniti usia
Mengharap kedamaian...

Esok...
Entah bila..
Pastinya masa..
Menentukan segalanya..
Kehendak Illahi..
Mengcungkil rahsia..
Kehidupan ini
Selamanya.....

EMBUN

Sedingin embun yang menumpang dihujung rumput...
sesekali terkena panahan mentari..
sekilas bersilau bak berlian....
Siapalah kamu aduhai embun...
hadir tak disedari..
pergi tak diendah...
hidup cuma menumpang..sebelum dikeringkan...
Pilunya menjadi sang embun...namun...
tanpa kilauan dan kedinginanmu wahai embun...
dunia akan sentiasa bergelora dengan terik panas...
pancaran mentari yang tidak tahu...
damainya sebuah kedinginan....

RENUNGAN

Kadang kala kita perlu menangis
untuk menghargai saat BAHAGIA..
Dan kadang kala kita perlu BERGEMBIRA..
bagi setitis air mata.

Monday 26 September 2011

KURNIAKANLAH AKU PASANGAN

                                      Ya Allah
          Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
                          Di dunia dan di Akhirat
             Dengarlah rintihan hambaMu yang daif ini
                Jangan Engkau biarkan aku sendirian
                    Di dunia ini mahupun di akhirat
         Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
      Maka kurniakan aku seorang pasangan untuk hambaMu ini
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
                    Ke jalan yang Engkau redhai
             Dan kurniakan aku keturunan yang soleh
                                       amin

KEBAIKAN

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan dermawan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesehatan dan keamanan.

KATA-KATA

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata
sama sekali.

DOA JODOHKU

Ya Allah...jika masanya untuk dipertemukan jodohku
belum tiba Ya Allah...
Aku bermohon kepadaMu agar Kau tunjukan jalan-jalan
untuk aku memiliki jodohku Ya Allah...
Aku bermohon agar Kau tunjukan aku tuntutan-tuntutanMu
yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah...
Ya Allah...Tuhan Maha Memakbulkan doa,
Tuhan yang Maha Penentu jodoh..
Ya Allah..jauhilah aku dari kemaksiatan,jauhilah aku dari
pekara-perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
jauhilah aku dari perkara-perkara yang Engkau murkai dan
perkara-perkara menyesatkan diriku Ya Allah..
Aminnn....

Friday 23 September 2011

CINTA..CINTA..CINTA..

CINTA.....andai kata cinta itu sebuah pengorbanan..
Mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta...?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta...
Mengapa cinta itu sukar untuk dimiliki...?
Cinta umpama kota kristal indah dipenglihatan...
Derita diperasaan....
Cinta amat sukar ditafsirkan...
Cintailah pada yang sudi...
Kerana kita akan bahagia...
Sesungguhnya...
Dicintai adalah lebih baik dari mencintai...

CINTA...

Terlalu indah untuk dilalui..
Terlalu perit juga untuk dilewati..
Cinta mengajar kita erti bahagia...
Cinta juga mengajar kita erti sengsara..
Cinta menjadikan seolah-olah dunia milik kita..
Cinta juga membuatkan seolah-olah dunia tidak punya apa-apa....

Wednesday 21 September 2011

Cinta

Suatu anugerah yang kurniakan oleh Allah disetiap hati manusia..
Semua manusia mahukan CINTA....
Semua manusia ingin mencintai dan dicintai..
Mencintai seseorang suatu keindahan...
Manusia yang memimpin CINTA bukan CINTA yang
memimpin manusia...

Monday 19 September 2011

Andai kau menerima cinta terakhirku..

Aku bukanlah Rasullullah untuk mengharap wanita sesetia Khadijah..
tidak juga sekacak Yusuf untuk menagih cinta sekuat Zulaikha..
aku juga tidak sehebat Sulaiman untuk menawan jasad seindah Balqis..
walau hanya seorang Yasser untuk mendamba iman seteguh Sumayyah...

namun..
Allah menciptakan aku dengan sekeping hati yang mampu menampung cinta seluas lautan..
cintaku tidaklah sekuat cinta Abu Bakar pada agamanya,
tidaklah seteguh cinta Al-Ghazali pada ilmunya
dan tidaklah semurni cinta Al-Bukhari pada kalam rasul..
Namun aku berlindung dengan Allah
agar cintaku tidak seburuk cinta Firaun pada kuasanya,
tidak sekeji Qarun pada hartanya
dan tidaklah serendah cinta Namrud pada kepercayaanya...
InsyaAllah...

Doa Untuk Kita

Percayalah sesungguhnya....
aku tidak mengharapkan kesempurnaan darimu.
Tidaklah aku mengharap paras rupamu sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha.
Cukuplah agamamu membantuku,anak-anaku menuju ke Jannah.
Jodoh,ajal maut semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz.
Aku mengimpikan hari esok yang indah..
Namun,belum pasti kita mengecapinya.

Mati itu pasti.
Setiap yang bernyawa itu akan merasakan mati.
Kematian yang bagaimana untuk kita.

Jodoh itu pasti.
Andai jodoh aku dengan mu,aku bersyukur kehadrat Ilahi.
Andai di satu masa kita akan berpisah,ku akur dan ku pasrah.
Pastinya,Allah..telah sediakan yang terbaik untukmu,mungkin lebih baik dariku..
atau seperti yang kau harapkan.

Sehingga bila saat itu,ku akan berdoa semoga ku adalah jodohmu.
Agar kau mengasihiku dan menyayangiku..
Menerimaku seadanya.
Aku berdoa agar Hidayah diberikan padaku.
Dan aku agar hidup kita sentiasa dibawah rahmatNya dan dijalan yang diredhaiNya..
Amin.....

Sunday 18 September 2011

Doa Cinta

Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari bahtera hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku Ya Allah
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku boleh bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di Akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di Akhirat
Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

AMIN

senja nan merah

senja nan merah