Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di Akhirat
Dengarlah rintihan hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakan aku seorang pasangan untuk hambaMu ini
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakan aku keturunan yang soleh
amin
No comments:
Post a Comment