iklan

Thursday, 20 October 2011

RENUNGKANLAH

Jika kamu menadah air biarlah berpada, janganlah
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap
ia begitu teguh...cukuplah untuk keperluanmu..
Apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula...akhirnya ia dibuang...sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ianya masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang..
terimalah seadanya...
Jangan kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya terlalu istimewa..anggaplah dia manusia biasa...
Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu
untuk menerimanya..
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir
hayat....
Post a Comment

senja nan merah

senja nan merah