iklan

Thursday, 29 September 2011

DOA CINTAKU

Ya Allah
Andai Kau berkenan,limpahkanlah rasa cinta
kepada ku..
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan
Khadijah Al Qubro..
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang..
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra..
Yang Kau jadikan penghias keluarga
Nabi-Mu yang suci..

Ya Allah
Andai semua itu tak layak bagiku..
Maka cukupkanlah pintaku dengan redhaMu..
Jadikanlah aku insan yang saling
mencintai dikala dekat..
Saling menjaga kehormatan dikala jauh..
Saling menghibur dikala duka..
Saling mengingati dikala bahagia..
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan..
Serta saling menyempurnakan dalam peribatan..

Ya Allah
Sempurnakanlah kebahagian ku..
Dengan menjadikan pelengkap cintaku
dan perkhawinan ku nanti sebagai ibadah kepada-Mu..
Dan bukti ketaatan ku kepada sunnah Rasul-Mu..

Ya Allah
Berkatilah pendengaranku,penglihatanku,
hatiku,cintaku,keturunanku dan ampunilah aku..
Jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang mukmin.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang..

Amin
Post a Comment

senja nan merah

senja nan merah