iklan

Thursday 2 February 2012

waktu

jika semalam aku ceria..
jika semalam aku ketawa..
jika semalam aku gembira..
jika semalam aku bahagia..

  biarkan la perasaan ini..
  perasaan yang membuat aku lupa segalanya..
  lupa kenangan pahit dalam diri ini..
  yang membuatkan aku terseksa..

jika hari ini aku menangis..
jika hari ini aku bersedih..
jika hari ini aku kecewa..
jika hari ini aku merana..
 
 bawalah perasaan ini pergi..
 pergi membawa memori...
 memori yang tidak perlu di ingati lagi..

jika esok masih ada..
berilah peluang aku untuk bahagia..
jika esok masih ada..
berilah peluang aku untuk gembira..
jika esok masih ada..
berilah peluang untuk aku ketawa..
jika esok masih ada..
berilah peluang aku untuk menjadi insan yang bersyukur dengan kehendak-Nya...



by : innayri to sahabat...

Thursday 20 October 2011

KERETA IDAMAN

kerete yang aku idamkan CAMARO69 baik punyer 

SAHABAT

Biar apa pun jenis sahabat yang kamu miliki,tetapi
ketahuilah bahawa sahabat baik yang sebenar bagi
seorang manusia itu adalah amal solehnya. Ini sebaik baiknya
sahabat dan juga sebaik baiknya bekal bagi kita
untuk bertemu Allah.
Sebaik baiknya sahabat adalah yang sanggup menemani aku
ke dalam lubang kubur. Aku tidak menemui sahabat sebegini
melainkan amal solehku,menjadi pelita menerangi kegelapan
didalam kubur aku kelak,boleh menghiburkan aku dan
tidak meninggalkan aku keseorangan di dalamnya..

RENUNGKANLAH

Jika kamu menadah air biarlah berpada, janganlah
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap
ia begitu teguh...cukuplah untuk keperluanmu..
Apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula...akhirnya ia dibuang...sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ianya masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang..
terimalah seadanya...
Jangan kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya terlalu istimewa..anggaplah dia manusia biasa...
Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu
untuk menerimanya..
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir
hayat....

AIR MATA

Semoga Allah SWT menjadikan air mata yang jatuh
di sudut-sudut mata kita adalah air mata yang
berharga dipandangan-Nya.

Tatkala kita lahir menangis,orang-orang sekeliling kita tertawa
bahagia kerana menyambut kelahiran kita. Namun orang-orang
yang kita tinggalkan menangis pilu saat kita menutup usia, saat itu
adakah kita juga turut menangis ataukah tertawa bahagia kerana
akan berjumpa Allah SWT.?
Adakah amal kita lebih banyak dari dosa yang kita lakukan
selama hidup di dunia yang singkat ini.? Adakah prestasi kita
hanya lahir,hidup,mati kemudian dilupakan orang ,bahkan
orang-orang terdekat kita.? Lalu setelah itu pasrah,rebah di bantalan tanah
cemas menanti pengadilan akhir yang pasti tiba.

senja nan merah

senja nan merah