iklan

Thursday 20 October 2011

KERETA IDAMAN

kerete yang aku idamkan CAMARO69 baik punyer 

SAHABAT

Biar apa pun jenis sahabat yang kamu miliki,tetapi
ketahuilah bahawa sahabat baik yang sebenar bagi
seorang manusia itu adalah amal solehnya. Ini sebaik baiknya
sahabat dan juga sebaik baiknya bekal bagi kita
untuk bertemu Allah.
Sebaik baiknya sahabat adalah yang sanggup menemani aku
ke dalam lubang kubur. Aku tidak menemui sahabat sebegini
melainkan amal solehku,menjadi pelita menerangi kegelapan
didalam kubur aku kelak,boleh menghiburkan aku dan
tidak meninggalkan aku keseorangan di dalamnya..

RENUNGKANLAH

Jika kamu menadah air biarlah berpada, janganlah
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap
ia begitu teguh...cukuplah untuk keperluanmu..
Apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula...akhirnya ia dibuang...sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ianya masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang..
terimalah seadanya...
Jangan kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya terlalu istimewa..anggaplah dia manusia biasa...
Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu
untuk menerimanya..
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir
hayat....

AIR MATA

Semoga Allah SWT menjadikan air mata yang jatuh
di sudut-sudut mata kita adalah air mata yang
berharga dipandangan-Nya.

Tatkala kita lahir menangis,orang-orang sekeliling kita tertawa
bahagia kerana menyambut kelahiran kita. Namun orang-orang
yang kita tinggalkan menangis pilu saat kita menutup usia, saat itu
adakah kita juga turut menangis ataukah tertawa bahagia kerana
akan berjumpa Allah SWT.?
Adakah amal kita lebih banyak dari dosa yang kita lakukan
selama hidup di dunia yang singkat ini.? Adakah prestasi kita
hanya lahir,hidup,mati kemudian dilupakan orang ,bahkan
orang-orang terdekat kita.? Lalu setelah itu pasrah,rebah di bantalan tanah
cemas menanti pengadilan akhir yang pasti tiba.

Tuesday 11 October 2011

PAGI YANG INDAH DARI UMAH AKU

aku ambik gambar ni mase hari ahad tu..dr tgkap umah aku..cuaca yang terang sgt mase tu..
nak dapat cuaca camni kat kl ni bukan senang..hari2 jerebu jer...


Friday 7 October 2011

TRACKING MANCING KAT KG AKU

mase cuti raye hari tu ambik kesempatan gi casting sebarau jap..
kat sungai tu...
cantek kan..sungai ni..xjauh dr kg aku tapi penat gak lah
coz kena trackking..
hutan tebal tu..

KERETA AKU DULU

kereta kesayangan aku dulu..berhabis duit aku nak cantekan kereta ni..
untuk cat putih yang berkilat tu 2bulan gaji aku terbang...
tapi kan...
dah kena curik..kena curik plak ngam2 mlm birthday aku...orang smbut birthday happy2..
aku smbut birthday sedih2 n sambut kat balai polis wat report..huhuhu..
kejam tol pencuri tu..nk curik tu curik la hari lain..
xlah aku sdih sangat...hm..
xde rezeki namenyer...huh

KERETA AKU

OLD SKOOL jer.. 1.5 5k engine...nilah keta aku carik mkn..gi blik keje..
balik kg..keta buruk jer..

PANTAI REMIS SUNSET

waktu yang paling tenang bagi aku..indahnya ciptaan Tuhan..entah sampai bile aku dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan ni..hm..

Monday 3 October 2011

PUISI CINTA

Aku sedar bila tanpamu
Kurasakan dunia ini terhenti
Lambat,kaku dan tidak bernyawa
Bagaikan otakku terhenti berfikir
Apa yang perlu aku lakukan
Tanpamu disisi

Rinduku bagai membungkam ragaku
membuatkan aku terhenti untuk menghela sekalipun
Jiwaku sesak dan kosong

Mendengar suaramu bagaikan terhenti nafasku
Untukku dengar dan terus masuk  kejiwaku
Agar tidak diganggu
Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu

Andai Tuhan mendengar rintihanku
Bertemumu ingin aku hentikan seluruh maya ini
Agar hanya kau dan aku menghayatinya bersama
Agar masa itu begitu panjang untuk kita berdua

Adakah kau rasa terhenti segala-galanya
Saat kau jatuh cinta
Saat kau mencintai
Saat kau merindui

senja nan merah

senja nan merah